Budaya Budaya dan seni bina Berlin

Berlin dikenali untuk banyak institusi kebudayaan yang mempunyai reputasi antarabangsa, dan kepelbagaian dan toleransi kebudayaan bandar raya ini masih kekal sejak masa ketika Berlin Barat memainkan peranan sebagai sebuah "bandar raya bebas" dengan cogan kata "sesuatu untuk setiap orang".

Berlin mempunyai pemandangan seni yang kaya, dan merupakan tempat asal untuk beratus-ratus galeri seni lukis, dan pernah menjadi tuan rumah untuk Forum Seni, sebuah pesta seni antarabangsa tahunan. Banyak pemuda-pemudi Jerman dan seniman antarabangsa meneruskan penetapan di Berilin, dan bandar raya ini telah mengasaskan diri sebagai satu pusat yang penting untuk budaya belia dan budaya popular di Eropah. Tanda-tanda untuk peranan lanjutan ini termasuk pengumuman 2003 bahawa Popkomm tahunan, sebuah konvensyen industri muzik Eropah yang terbesar, akan berpindah ke Berlin selepas 15 tahun di Cologne. Tidak lama kemudian, MTV juga memutuskan untuk berpindah ibu pejabat Jerman dan studio-studio utamanya dari Munich ke Berlin. Kumpulan Muzik Universal membuka ibu pejabat Eropahnya di tebing Sungai Spree di sebuah kawasan yang dikenali sebagai mediaspree. Sejak 2005, Berlin telah disenaraikan sebagai "Bandaraya Reka Bentuk UNESCO". [11].

Lihat juga: 1920s Berlin

Rujukan

WikiPedia: Budaya dan seni bina Berlin http://germany.archiseek.com/brandenburg/berlin/in... http://www.iccaworld.com/npps/story.cfm?ID=1056 http://travel2.nytimes.com/2004/12/12/travel/12sur... http://travel2.nytimes.com/2005/02/17/arts/design/... http://travel2.nytimes.com/2005/03/13/travel/13ber... http://www.berlin-tourist-information.de/english/r... http://www.statistik-bw.de/Europa/EUinnovIndex.asp http://manila.djh.dk/Germany/stories/storyReader$5 http://www.berlinmitte.info/ http://www.panorama-cities.net/berlin/berlin.html